Pengeboman Parlimen Iraq 2007
Pengeboman Parlimen Iraq 2007

Pengeboman Parlimen Iraq 2007

Pada 12 April 2007, satu letupan terjadi di kaféteria bangunan parlimen Iraq yang terletak di kubu Zon Hijau Baghdad. Letupan itu terjadi sepuluh minit selepas sidang parlimen berehat untuk makan tengah hari, dan dianggap dilakukan oleh seorang pengebom berani mati. Seorang ahli parlimen (AP) terbunuh, manakala 23 orang lagi cedera. Kantin itu terletak di tingkat pertama Pusat Konvensyen Baghdad, yang menempatkan parlimen.[1]